Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (tingkatan 4) + 0 comment(s)
Assalamualaikum...

Alhamdulillah ukkm ke mrsm dah pun selesai. so nak cite sikit pasal benda ni so nanti batch bawah i yang nak mohon ke mrsm boleh buat rujukan. so post ni untuk orang view tahun depan pfft~

Matematik(75 minit) 40 soalan
Sains(60 minit) 50 soalan
Keperibadian(30 minit) 100 soalan
ujian mrsm ni kacang je sebenarnya. ehem. sila percaya. for math,soalan surface area,circle,volume,factorisation,integers tu kena la baca. selalu kalau pmr ada formula dekat front page,untuk ujian ni takde formula jadi kau buat je macam aku,hentam. *pis* tapi tak semua question dia tanya ada dalam silibus,ada jugak yang dia tanya soalan kena pikir sendiri,ikut kreativiti. since test ni ujian berkomputer,jawapan abcd dah bagi. kalau taktau,hentam. hahaha.

for science,baca yang basic basic je. taksusah sangat pun. easier than math la. and macam math,taksemua dia tanya ada dalam buku. and its much easier. dalam masa setengah jam je dah boleh siap. tapi yang aku pelik budak sebelah aku punya lah lama dia buat. takpaham aku. nak je aku tolong dia buat sekali T.T

ok and the last one. personality test. 100 soalan. 30 minit. that sounds absurd,right? tapi bila kau dah jawab soalan tu for 15 minutes and then for the last 15 minutes kau dah bored taktau nak buat apa sebab dah habis jawab... wait,ke aku je macam tu -.- soalan dia more about yourself. yela dah nama pun personality test kan. dia nak tengok la kau ni orangnya macam mana. boleh berdikari ke tidak,golongan pemimpin ke yang dipimpin,minat kau apa,cita-cita apa. tapi ada jugak dia tanya pasal bola. aku ingat lagi soalan dia. "Apa yang menyebabkan The Red Warriors menang pialataktau untuk 2 tahun berturut-turut?"  lebih kurang cemtu ah. and i was like.... "aku benci trw" hahaha. ok thats it.

ujian dia senang je. serius. tapi en orang kata en "the better u feel about a test,the lower your actual grade" so mind set kena cakap susah ah ek. k. masa amek test nanti makesure kau duduk belakang belakang sikit,sebab apa tau. nanti masa test nanti kau dapat la tiru orang depan kau. kahkahkah. masa aku amek test haritu aku dok depannnn sekali. bosan tau tak. oh ye,jangan lupa bawak ic and calculator and angka giliran pmr. takpayah beria baca buku sangat. lek lek je k gewdluck. oh yaaa fyi, 70% markah dikira dari ujian ni and 30% dari pendapatan ibubapa untuk layak masuk mrsm.

bagi aku,mrsm ni second choice after sbp. yela mrsm kira tough sikit la daripada sbp. belajar sendiri. belajar cikgu ajar rushing,kalau otak kurang laju macam aku ni,tak sesuai dok situ. so aku macam amek ringan la bila ada test ni. preparation takde,tidur lambat. takut menyesal je nanti. jadi guys,dont tiru me. hopefully,aku dapat sbp :<< tapi kalau aku tak dapat sbp,aku dapat mrsm,aku pergi je la. kalau takdapat dua dua ..... hm aku nangis la apa lagi.  ha..ha kbye Assalamualaikum.