Kita Lupa Dia Akan Marah. + 0 comment(s)

--------------------------------

Hari Dia Murka Semurka-murkanya.

Hari itu ialah akhirat. Hari Allah S.W.T akan membalas segala perbuatan manusia. Baik dan buruk hari itu tidak akan mendapat belas kasihan-Nya kecuali yang terpilih sahaja. Pemeriksaan Allah pada hari itu akan tersangat-sangat ketat tanpa ada perlonggaran.
Hingga ada orang yang ingkar di dunia berharap bahawa dia sebelumnya adalah tanah.

 Iaitu hari seorang melihat apa yang telah diusahakan-nya; dan orang yang kafir akan berkata ( pada hari itu"): 'Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah(supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).' (An-Naba' 78:40)

Pada hari itu. tiada lagi peluang untuk yang melupakanNya di dunia. Allah akan melupaka mereka dan tidak mengisahkan pula urusan mereka. Bahkan, Allah menambah pula kesusahan manusia-manusia ingkar dengan kesusahan yang melampau pada hari itu.

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: "Wahai Tuhanku,mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,padahal aku dahulu melihat?" Allah berfirman: "Demikianlah keadaanya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu,lalu engkau melupakan serta meninggalkanyya,dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan." (Toha 20: 124-126)

 Allah tidak akan menutup aib mereka yang tidak pernah berasa malu dengan dosa mereka. Semuannya akan ditayangkan.Pada hari ini ,manusia-manusia yang soleh juga kerisauan.Hatta para rasul dan para nabi juga bergementaran.Mereka takut akan kemurkaan Allah dalam keadaan mereka itu memang orang yang taat dan bersih.Apatah lagi manusia yang selama hidupnya ingkar kepada Allah S.W.T.Allah akan murka-semurkanya pada hari itu.Tiada lagi ikhtiar,dipadam segala peluang untuk bertaubat mengumpul amal.

Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum terbitnya matahari dari barat. Ketika matahari terbit dari barat,semua manusia akan beriman. Tetapi pada hari itu tidak bermanfaat bagi iman seseorang untuk dirinya apa yang belum diimani sebelum itu,atau kebaikam yang belum diusahakan semasa keiimannya dahulu. (Hadis riwayat Bukhari)

Hari itu tidak jauh.
Apabila disebut hari kiamat atau hari akhirat,ramai yang menyangka ia masih pandang dan jauh.Hakikatnya kiamat itu amat dekat kerana tiada siapa tahu bila nyawanyaakan terhenti.

Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku). Sedang kami memandangnya dekat.(Al-Ma'arij 70: 6-7)

Ada orang bermain dengan gembira,sihat walafiat dia tengah padang bola,meninggal tiba-tiba.Ada seorang syeikh,sedang memberi ceramah dalam keadaan sihat,malah sedang menuturkan kalam,tiba-tiba terdiam dan jatuh meninggal dunia.Ada orang sedang memandu,berhenti di lampu syarat,tiba didapati tidak bergerak-gerak walaupun lampu sudah hijau,apabila diperiksa rupanya telah meninggal dunia.

Dan(ingatlah), Allah tidak sekali - kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatuyang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan (Al-Munafiquun 63:11)

Apakah ini? Bagaimana kita boleh sangat pasti bahawa kita akan hidup sehingga sepuluh tahun lagi?Bagaimana kita boleh sangat yakin bahawa petang ini masih milik ketika? 

Kita tidak peduli. Kita tidak pernah hendak memandang atau mengambil berat perkara ini.
"Tidak mengapalah.Allah maha pengampun."
"Alah esok ada lagi?"
Hakikatnya,kita telah mengkhianati kasih sayang Allah. Kita seakan telah menempah Kemurkaan-Nya pada hari Dia akan murka semurka-murkanya.
-Hilal Asyraf//Batu-bata Kehidupan
------------------------------------------

ok cerita dekat atas ni aku sebenarnya aku amek daripadan buku Hilal Asyraf -- Bata-bata Kehidupan. pasal hari kiamat. Tadi aku terbaca artikel pasal Masjid al-Aqsa yang diceroboh oleh 300 askar Israel. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Aku takut betul dengar news macam ni. Allahuakbar. 

Saja juga amek cerita tentang hari kiamat ni untuk mengingatkan awak dan saya yang sebenarnya kiamat itu dekat. Mati itu hampir. Tak meremang ke bulu roma kita bila dengar perkataan mati? Resah gelisah bila pikir pasal mati ni. Dosa bertimbun itu yang risau. Aku takut.

Jadi...sama-samalah kita muhasabah diri,kurangkan yang lagha,tinggalkan yang dilarang oleh Allah dan tingkatkan amalan. Insha Allah. Moga Allah bantu. Doakan aku terus istiqamah. Aku takut.

Assalamualaikum.