Prepare yourself before kiamat. + 0 comment(s)
Assalamualaikum..

Apa khabar disana? lama tak post hehe. Harini saya nak share satu video Ustaz Wadi Annuar yang saya baru tengok di youtube tadi. Ceramah pasal suasana di padang mahsyar.

ceramahnya sejam tapi mukadimah dia 50 minit! hahaha. tapi mukadimah dia lah yang aku suka. cerita tentang terjadinya hari kiamat,siapa yg akan merasa hari kiamat,acane kiamat ni sebenarnya dan macam mana rupa apabila kita dibangkitkan semula nanti.


Ini video lu orang wajib tengok. Bagi sedaq sikit bagi upgrade sikit diri tu bagi bersiap sedia untuk menghadapi suasana di padang mahsyar. Dalam video ni Ustaz Wadi kata nanti di padang mahsyar Nabi Adam a.s akan memilih siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka. Dan dalam 1000 orang yang Nabi Adam a.s pilih,1 orang sahaja yang masuk syurga. 1:1000 ! Kalau dalam sekolah kita ada 1000 students,hanya satu sahaja yg dipilih. contoh la.

Takut tak?

Kalau takut,buat baik dan bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka luas. Tiba waktunya nanti apabila matahari terbit sebelah barat,pintu taubat akan ditutup dan itulah tanda besar kiamat yang pertama sekali! YANG FIRST SEKALI WEH DAH TUTUP PINTU TAUBAT ! MashaAllah..

conclusionnya disini,hidup muda ngko tu *tunjuk kat diri sendiri* bukan untuk dipersia-siakan,bukan untuk memuji artis,bukan untuk bersuka ria lagi dah. Masa muda dan sihat ni lah kita kena beramal pulun habis supaya nanti masa kita dah tua atau tak bermaya lagi kita still  dapat istiqamah dalam ibadah kita.
"Terdapat dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu kesihatan dan masa lapang" -HR Bukhari

Lagi satu ngko jangan lupa *tunjuk kat diri sendiri lagi* selalu lah berzikir. Rasulullah SAW pernah bersabda "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati" (HR Bukhari & Muslim). Nanti waktu kita hidup time dajjal dah keluar nanti,Nabi kata makanan untuk orang Islam ketika itu hanyalah beristighfar,tasbih,tahlil dan takbir. -HR Ibnu Majjah. Zikir ni kawan kawan akan menggantikan makanan masa tu. zikir tu buat kita kenyang ke? TIDAK tetapi supaya kita boleh bersabar dengan kelaparan. Wallahua'lam.

Sama-samalah kita beramal. Aku pun banyak lagi nak perbaiki balik. Hm.

Assalamualaikum.