Umat Rasulullah yang Terbaik ! + 0 comment(s)
Assalamualaikum..

Kelebihan Umat Rasulullah S.A.W Menurut Pandangan Nabi Adam A.S

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku." Taubatku hanya diterima di kota Makkah,sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

Pada mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T,maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T,maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka,Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah S.W.T akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T.

-------------

Saya ingin mengambil satu kisah berkaitan dengan nabi yang digelar Kalamullah,nabi yang boleh berkata-kata dengan Allah S.W.T iaitu nabi Musa A.S bertanya kepada Allah S.W.T, "Adakah akan wujud satu umat yang lebih baik daripada umatku ini ya Allah?" Allah S.W.T  menjawab, "Ya", Nabi Musa A.S berkata lagi, "Jika begitu ya Allah,aku memohon kepadaMu untuk menjadi nabi bagi umat yang terbaik itu." Allah S.W.T menjawab, "Aku telah memilih nabi yang bakal menjadi ketua umat ini." Nabi Musa A.S berkata lagi, "Jika begitu ya Allah,cukuplah bagi aku untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terbaik itu." Allah S.W.T menjawab, "aku telah memilih siapakah yang akan menjadi umat terbaik ini."

Memang kita tidak meminta untuk menjadi umat akhir zaman,namun Allah S.W.T telah memlih kita untuk menjadi umat terbaik. Malahan permintaan nabi Musa A.S ditolak oleh Allah S.W.T kerana kita semua telah dipilih oleh Allah S.W.T. Sedarlah kita semua,sedarlah. Kita telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk menjadi . umat yang terbaik di sepanjang zaman. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

-------------

Sekian.....

Cerita tu semua dicopy-paste oleh aku dari buku Biografi Agung Rasulullah S.A.W. Penulis buku Rusydi Ramli Al-Jauhari. Mana la tau korang belum pernah baca buku ni,jadi aku share sikit apa yang aku suka and ilmu baru yang aku dapat dari buku ni. Aku rasa sangat terharu and bersyukur sebab aku,family aku hidup dalam keadaan islam dan jadi umat Nabi Muhammad S.A.W!! Banyak faedah kita dapat cuma kita je yang tak perasan...Wallahua'lam. Assalamualaikum.

p/s: cuti sekolah di-extend-kan,aku sangat happy yayyy haha :p