Cerita Hijrah + 0 comment(s)

"Saya cuma nak jadi orang yang biasa-biasa saja. Tidaklah terlalu rock dan tak mahu pula terlalu warak. Just be a simple girl!." Saya tersenyum. Dalam diam,ketawakan diri sendiri. Ini kerana dahulu,itulah prinsip saya.
Jika kita ingin menjadi orang yang biasa-biasa saja,maka itu bererti kita hanya mahukan kesenangan semata-mata. Kita tidak akan mahu merasai kepayahan,keperitan dan kesusahan untuk bermujahadah melakukan kebaikan dan ketaatan kepadaNya. Sedangkan hakikat syurga itu terlalu mahal untuk dibeli dengan wang ringgit. Syurga itu 'dibayar' dengan hasil penat lelah kita berjuang mengerjakan amal soleh.
Labuhnya tudung bukan petanda kau umpama Bidadari Dunia.Singkatnya tudung pula bukan petanda kau jahat sampai masuk api neraka.
Berstokin kaki bukan petanda kau Solehah. Tidak berstokin pula bukan bertanda kau seburuk-buruk Muslimah.
Berhandsock warna bagai bukan petanda kau Muslimah Sejati. Tidak berhandsock pula bukan petanda kau punya ibadah tak diberkati.
Kau mencari...
Aku mencari.... 
Bertudung bukan sekadar menutupi rambut yang cantik mengurai tapi menjaga gerak geri.
Berstokin bukan sekadar menutupi kaki yang lasak berjalan tetapi melindungi.
Berhandsock bukan sekadar menutupi lengan yang sering kena sinaran mentari tapi untuk mengingatkan diri.
Tegur..bukan cakap "Masing masing puya kubur" Nasihat. Bukan mengumpat Untuk mengubah perlu berhikmah bukannya menyumpah seranah.
Yang sudah bertudung labuh,berstokin dan berhandsock. Teruskan istiqamahmu. Bantulah mereka yang masih tiada apa-apa. 
Yang masih bertudung singkat hingga nampak rantai berbatu,masih tunggang motor hingga nampak kudis dan bulu,masih sinsing lengan baju hingga ke siku. Marilah berhijrah kerana kita sudah tidak banyak waktu.

 Assalamualaikum..

Harini saja nak share benda ni yang saya copy-paste daripada instagram ceritahijrah_ Banyak lagi cite hijrah yang best best. Tapi aku pilih cerita ni sebab dialog yang first2 tu aku pun pernah cakap dengan diri sendiri just a few days ago. Then tadi scroll ig,explore then ternampak this page and this post and i feel like Allah said to my face 'nah ni untuk kau bagi kau sedar diri'. It feels like that. SO HARINI LESSON LEARNT!